Sebahagian sukarela yang bertugas
Berwajah baru (Bumbung dapur baru- bangunan sebelah kiri)
Program telah diadakan pada Sabtu;17 Mei 2008. Rumah Pak Mail terletak di Kampung Simpang Tiga Keladi,Kulim, Kedah.
Pak Mail yang mengidap penyakit 'Gout' hanya tinggal bersama isterinya yang juga menghadapi masalah asma, darah tingi, kencing manis dan penyakit jantung. Mereka tidak mempunyai anak yang boleh dijadikan tempat untuk bergantung dan hanya mengharapkan ihsan jiran-jiran untuk membantu mereka. Rumah yang diduduki mereka telahpun dimakan usia dan memerlukan bantuan untuk diperbaiki semula.
Sehubungan itu pihak PAS Cawangan Tmn Tunku Putra @ Padang Tembak telah melancarkan tabung bantuan bagi membantu memperbaiki rumah Pak Mail .
Program dijalankan secara gotong-royong yang melibatkan seramai 16 sukarela yang terdiri daripada ahli PAS Cawangan tersebut.
Wakil Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu juga turut serta dalam program berkenaan.
Sekalung penghargaan kepada semua sukarela kerana telah berusaha dalam merialisasikan 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua'