1. Baca Quran dan fahami maknanya
Berapa kali kita baca Quran dalam sehari? dalam seminggu? dalam sebulan? Atau Al-quran itu hanya sebagai barang berharga yang tersimpan di almari tanpa pernah membukanya?
Inilah kedamaian jiwa bagi mereka yang beriman yakni apabila membaca Al-Quran terngiang-ngiang nikmat Allah, janji Allah dan juga larangan dan perintahnya. Mereka berasa yakin dengan setiap langkah selepas membaca kerana inilah kitab panduan .

2. Mendirikan solat malam (tahajjud)Untuk mendidik jiwa generasi Al-Quran yang unik 1400 tahun dahulu di Mekah, mereka telah di wajibkan Qiamullail selama setahun. Akhirnya terbukti, merekalah permata-permata yang telah membuka pekung kegelapan jahiliyyah kepada cahaya Islam.
3. Berkumpul dengan orang solehBerkumpul dengan orang-orang yang selalu menegakkan agama sangat berbeza rasanya dengan orang-orang yang jahil dengan hal-hal yang berkaitan agama. Bagi golongan terakhir ini ajaran agama dianggap sebagai belenggu kebebasan. Selalulah berada di dekat orang-orang yang rajin solat, pemurah, selalu berzikir, dan menampakkan wajah yang teduh, membuat hati kita tenteram, kerana aura kesolehan orang-orang itu memancar pula ke diri kita.
4. Perbanyaklah berpuasa
Tidak kira puasa sunat Isnin-Khamis @ Puasa Nabi Daud semua merupakan cara mendidik jiwa. Hinggakan Nabi saw. pernah berpesan kepada para pemuda Islam yang tidak mampu berkahwin untuk menjaga dirinya dengan berpuasa !
5. BERZIKIR DI MALAM HARI
Berzikir pada waktu malam yang menenangkan. Zikirlah senjata bagi orang yang beriman. Moga-moga kita di berikan kekuatan untuk mendapat keredhaannya.
p/s : Tak boleh buat semua, jangan tinggal semua.